Ekonomi Kambing

By ahbengkoboi

Anda nak jadi penternak kamben?.
Almaklum semenjak Agropreneuers di galakkan oleh gomen ramai yang terjun, nak jadi penternak. Tak kurang juga yang bertitle Dato, Datuk Seri, Tan Sri dan mereka2 yang punyai cable “baik” menceburkan diri dalam bisness kamben nih. Dalam keghairahan ini ader juger yang dah tutup operasi, ader juga yang bertahan tapi perlukan pemulihan sebab kamben lembu tak menjadi.
Untuk menjadi penternak bukan lah mudah tapi tidak juga sukar jika dikendali secara professional. (Amalan ternakan yang baik adalah sunnah Nabi Muhammad SAW) maksud nyer disini semua nyer bermula dengan ilmu. IQRA seruan Allah pada Junjongan kita boleh dimaksudkan bahawa teramat penting nya fungsi ilmu untuk kejayaan dunia dan akhirat. Amalan tanpa ilmu bisa bikin kita sesat. Ilmu tanpa amalan tidak bisa bikin perubahan. Di gabongkan Ilmu dan Amalan barulah kejayaan menjenguk datang. Fenomena inilah yang sering terjadi pada penternak elit masa kini ramai yang kurang ilmu apatah lagi amalan ternakan.
Perspektif utama para penternak harus halusi adalah dari sudut ekonomi. Untung atau rugi amat penting untuk sara diri, famili serta dana operasi serta perkembangan seterusnya. Tanpa wang manakan bisa kita bertahan yaaa.
So anda ingin jadi penternak:
1. Minat adalah satu asset untuk jatidiri sebab minat menjurus terus kepada attitude serta disiplin diri. Ternakan perlukan belaian (GAHP: Good Animal Husbandary Practice). Ternakan perlu diperhatikan bukan sekadar berikan makan minum dan ubat2an. Ada diantara penternak elit kecundang sebab minat equate to RM. Equation sebegini peratus kejayaan mungkin tipis sekali.
2. Ilmu, sekurang2 nya asas ternakan: sudut perumahan, pemkanan, kesihatan dan tabii ternakan peliharaan
3. Modal amat penting. Tanpa modal susah ler yerrr.

Satelah lengkap syarat diatas moh kiter lihat dari sudut ekonomi nyer pula:
Anda ingin kan satu operasi yang kecil (contoh jerr). Sebagai permulaan anda nak menternak 20 ekor kambing untuk pembiakan. Saekor kamben memerlukan anta 10 – 20 kaki persegi, untuk tujuan pembiakan anda perlukan ruang rehat ( 20 x 15= 300 kps, sebaik nyer kali dua sebagai persedian tambahan anak dara yg mendatang) master bedroom untuk pejantan ( 15 kps), bilik bersalin (50kps), bilik anak jantan (100kps)dan bilik betina (100kps). (macam famili kiter gak yer bilik asing asing).

Kos mula:
1. Kandang angaran (565kps) = RM14, 125 untuk jimat belanja bikin sendiri guna bahan recyle jer.

2. Harga induk (Boer ler RM850 seko = RM17,000
Harga pejantan pilihan = RM2,000
Infrastructure; air, api etc = RM1,500
Belum apeper dah ketaq lutut nak kuar RM34,625
4. Makanan amat penting. Ramai yang beranggapan bagi saja konsentrat. Betul boleh juga. Dengan kadar harga komododity kini inflasi bisa bikin anda pusing. Kut jadi nya nanti kamben nyer gemok penternak nya yang jadi slim tak seksi lagi. Tanam lah rumput jenis napier yg punya Protien yang agak tinggi. Kamben memerlukan lebeh kurang 12 – 16 % protein untuk tumbesaran dan sara diri, rumput adalah serat yang dibutuhi setiap ternakan ruminan.Disyorkan rumusan makanan 70% dari rumput 30% konsentrat. Jadik kos tanaman rumput (bajak dll) RM 3,000 sahektar )budget price nih). Kamben perlukan makan sejumlah 3-5% dari berat badan sehari. Andainyer kamben anda seberat 40kg beerti 30% konsentrat bersamaan 0.36kg konsentrat sehari. Andaikan kos konsentrat RM0.90 per kg jadinya belanja seeko kamben anda adalah RM9.72 sebulan. Jika setahun untuk 20 ekor anda kira ler sendirik yerrr. Nasib baik rumput (70% jumlah makanan) tanam sendiri tak kalu,,,,,,,

5. Kos operasi . Jika anda menggunakn khidmat mat indon dengan kadar RM700 sebulan bersamaan kos anda untuk saekor kamben (induk) adalah RM35 sebulan. Ini tidak termasuk perbelanjaan lain lain yerrr.

6. Kos ubatan dan makanan tambahan: Jika anda beri tumpuan makanan baik punya dan amalan kebersiahan tidak banyak masaalah cuma . Makanan tambahan saperti garam jilat n vitam

7. Kamben akan melahirkan anak 150 hari dari tarikh kawin. Untik baka boer anda boleh jualkan satelah anak kamben anda cerai susu atau pun setelah berumor 6 bulan (tak sah aqiqah n qurban aaaa). Tapi harga,,,,,,,,????……nak jual tak sama ngan masa awak beli aaaaa,,,,,,,, Nak kira untung rugi,,,Tunggu dilain edisi aaaa,,,,

Tags: , , ,

2 Responses to “Ekonomi Kambing”

  1. wati Says:

    saya ada menjual rumput makanan ternakan….rumput napier india…. hubungi saya 016-3485562

  2. Ahbeng Says:

    Ladang anda dimana

Leave a Reply