INTEGRITI

By ahbengkoboi

INTEGRITI

Integriti berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi menjurus kearah perwatakan  baik seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll. Berdasarkan takrifan tersebut integriti sebenarnya membawa maksud yang luas merangkumi setiap aspek kehidupan manusia yang mencakupi integriti kita dengan tuhan, dengan keluarga, dengan jiran, dengan ketua dan rakan sepejabat, dengan tugas dan  tanggungjawab dan dengan diri kita sendiri. Integriti adalah soal hati (dan minda), apa yang kita fikir dan apa yang kita lakukan atas dasar yang betul dan ikhlas.

Dilhat dari sudut politik kemelut UMNO masa kini berpunca dari masaalah integriti.Kualiti terhasil dari integriti. Integriti adalah sendi kepada kualiti samada dari sudut produk juga perkhidmatan. Pastinya bila kita bicara soal integriti kepimpinan, kita cerita isu bagaimana pemimpin kita menyampaikan khidmat berkualiti yang ditentukan oleh apa yang kita rasa (hati), apa yang kita fikir? dan apa yang beliau lakukannya.

Sebuah organisasi punyai struktur, fungsi dan sistem. Organisasi tanpa digerakkan oleh sumber manusia yang cekap dan berkesan tidak mungkin dapat berperanan dengan sempurna dalam menghasilkan output (perkhidmatan/produk) berkualiti. Sekukuh manapun struktur, fungsi dan sistem sesebuah organisasi itu, walaupun punyai ruang pejabat yang cantik, peralatan yang canggih, modal kewangan yang besar dan teknologi komputer yang moden maseh tidak dapat menjamin sepenuhnya kejayaan sesebuah organisasi. Ini adalah kerana manusia adalah merupakan pemikir, perancang, pengatur strategi dan pelaksana yang mengembeling dan mengutilisasikan segala sumber dan peralatan organisasi ke arah mencapai visi dan misi yang ditetapkan.

Formula kejayaan bermula dengan integriti ahlinya. Diarena politik negara para pemimpin perlu sedar hakikat ini. UMNO, PKR dan juga PAS jika tanpa integriti, demi masa akan kecundang nanti. PU12 ada lah satu pengajaran kepada UMNO untuk menilai semula masaalah INTEGRITI dikalangan pimpinan dari cawangan hingga pucuk pimpinan atasan.

Untuk anda dan juga Ahbeng sebagai penternak kamben usah lupa ya pada integriti agar berjaya ketaraf yang lebeh tinggi dalam profession ini. Pengalaman Ahbeng dengan agensi kerajaan yang berkaitan tahap integriti perlu dipertingkatkan lagi.

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply