Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sudah dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk
Seloka lelucuan yerrr,,,,,,,,,,,
Heboh sana sini selepas PU12 yang lalu. Dipikirkan bak kata orang tetua sudah terantuk tengadah ler pula. Ya tak per dah terantuk nak wat camner. Molek jugak kiter terantuk daripada terlena ntah sampai bile. Terantuk bukan ngantuk yerrr, jika diambil secara positif ader hikmah nyer.
Ya heboh kite,,,,ketuanan melayu,,,,,Che Det kiter dah ungkit pesanan Hang Tuah pada bangsa ‘Tak kan Melayu hilang didunia’. Tapi kata Che Det lagi melayu yang macam mane,,,,,mahu kah melayu kita melayu yang layu,,,,,,umpaya sayor bila dah layu sesape pun tak mahu.
Heboh kiter,,,jerit sana jerit sini,,blame sana blame sini,,,,,,ader kah itu yang di maksudkan oleh Che Det kesayangan ahbeng nyer.
Banyak yang dah diperbuat ,,,,,,untuk menaik kan taraf melayu agar berdiri sama tinggi dudok sama rendah bior setanding dengan bangsa lain terutama dinegara melayu ini sendiri. Dilihat dari segi ekonomi malang sekali yerrr,,,target kita untuk capai tahap 30% ekonomi negara pun maseh tak kesampaian maseh ditakok lama. Mane salah dan mana silap nyer……
Mungkin ramai diantara pemain arena ini golongan si Malim Kundang agak nyer yerr. Lihat sahaja GLC rata rata dipimpin oleh oleh melayu. Tahniah ahbeng ucapkan kepada mereka. Bukan mudah nak pimpin GLC, tapi andai nyer diberi kesempatan ramai yang setanding dengan mereka juga dan berkemungkinan lebeh mantap lagi, Cuma cable jer tak dan nak capai. Disini ahbeng nak bertanya yer. Apa kah sumbangan mereka terhadap kemajuan anak melayu? Ader diantara mereka bila dudok diatas sana lupa yang dia tu asal nyer melayu,,,sikap sebegini boleh ditafsirkan sebagai ‘in denial state’ yang Che Det katakan itu maka sama lah mereka ini dengan si Malim Kundang dan melayu jadi Pak Kadok nyer. Sorak nya pimpinan melayu hakikat nyer lain pula yerrr,,,,another form of “denial state”.
Tags: GLC, Malim Kundang, Pak Kadok
