Kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia”.
Tanya pula Che Det “ Apakah jenis Melayu yang tak hilang ini? Apakah yang tinggal ini Melayu yang dihina dan diperhambakan, Melayu yang meminta-minta daripada orang lain, Melayu yang tidak berkuasa di negara sendiri?”
Kata Che Det lagi “Jika kepimpinan UMNO masih tidak faham, masih “in denial” pemulihan UMNO dan BN tidak akan dapat dilaksanakan dan UMNO serta BN akan kalah lebih teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13. Akan tamatlah riwayat UMNO.”
Sejak TDM menulis diblog nyer ahbeng sering menjenguk kesana. Rata2 tulisan Che Det padu dan pedas. ”Pedas” hehehe kita orang melayu jika tak pedas tak naik selera makan. Jadi untuk menaikan lagi selera (nafsu) makan perlu ada sambal yang pedas. Ada molek gak kite sebagai agrotanis tanam banyak2 cili api untuk tambah selera melayu ni yerrrr.
Yang menarik perhatian ahbeng dalam tulis TDM mengatakan UMNO dan juga ahbeng kata melayu masa kini is ‘in state of denial”. Orang melayu kena ambil serious statement TDM nih. Semenjak PU12 sana sini heboh pasal ketuanan melayu. Bangun lah UMNO bangun lah melayu. Ketuanan melayu akan lesap andai nyer UMNO dan juga orang melayu maseh “in sate of denial”. Ketuanan Melayu tidak bermakna andai yang tinggal si Malim Kundang, Lebai Malang, Pak Kadok dan si Luncai jerrr.
Tags: Hang Tuak, Lebai Malang, Luncai, Mahathir, Malim Kundang, Melayu, Pak Kadok, Reformasi

May 29, 2008 at 7:12 am |
I remembered watching the film ‘Singapura di langgar todak’, something like that. I think the feeling of jealously, feeling insecure of others superiority and the unknowledgeable of the leader at that time were the main ingredient contributing to the moral of the story. Percayalah, despite we have been merdeka, graduated from many top universities, listening to many motivational speeches, bangsa Melayu masih lagi tersepit dan terlekat dengan stigma ini.Ianya masih terbawa bawa ke generasi ke generasi hingga kini. Ingatkan, lagi kita move forward anak bangsa akan menjadi insan seperti yang diharapkan oleh tok nek kita dulu, berjaya dan matang dalam segala segi, mampu menilai sendiri erti perjuanagn hidup, tetapi kini sangat mengharukan, anak bangsa kelihatan sungguh rapuh seperti ranting kayu yang kering yang kelihatan tidak sabar sabar untuk dijilat api.
We have make one obvious mistake dari dulu lagi, dalam keghairahan kita memacu agenda memajukan diri, bangsa dan negara, kita lupa landasan yang disediakan oleh pihak kita sendiri maupun pihak ketiga tidaklah sesenang yang dicitakan. Acuan landasan itu sudah tersasar jauh oleh pengaruh yang tidak senang hati dengan keputusan kejayaan itu kelak, maka akan adalah anasir anasir yang sentisa mahu memesong pencapaian ini baik melalui jalan depan maupun jalan belakang.Melalui pendidikan, agama, sosial maupun institusi keibubapaan semuanya sudah hilang fokus. Pihak itu adalah di kalangan bangsa itu sendiri tidak ubah seperti tali barut Jepun atau Inggeris ketika dijajah. Yang membuatkan ianya tidak perasan kerana suasana sudah berubah, kedudukan sudah berubah, cara sudah berubah ditambah dengan pihak cendikiawan mengeluarkan pendapat yang berbentuk ilmiah yang terlalu sempit. Ini ditambah lagi kekuatan nya dengan dalil dalil agama.Kalau bangsa itu sendiri tiada kekuatan ilmi sebagai penangkis, bayangkan implikasinya. Mereka mesti ada rasa tanggungjawab, keikhlasan perjuangan dan keimanan yang rasional yang dituntut oleh Rasulullah. Seperti kata nabi tiada yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Singkap lah sejarah secara teliti dan produktif dan kumpullah segala yang tersurat dan tersirat, diterjemahkan kepada terma seharian, gunakan sebagai walking dictionary.Saudara Shafie Afdal, you are holding a very interesting post.
tun has always on the right track when it comes to sejarah ni.Singkaplah balik dan kita cari penyelesaian segera.I am very sure the solution ada kat dalam bilik kita sahaja. No need to go so far.Yang masalahnya, tiada keikhlasan.